Semalam aku kelukaan,
kecewa kehampaan,
mencalar ketabahan,
mimpi yang sering ku harapkan,
menjadi kenyataan,
namun tak kesampaian.
Allah…
Inginku hentikan langkah ini,
bagaikan tak mampu untuk ku bertahan,
semangat tenggelam,
lemah daya,
haruskah aku mengalah,
namun jiwaku berbisik,
inilah dugaan.
Dan langkahku kini terbuka,
pada hikmah dugaan,
uji keimanan (menguji keimanan),
tak dilontarkanNya ujian,
di luar kekuatan,
setiap diri insan.
Allah…
Pimpinlah diriku,
tuk bangkit semula,
meneruskan langkah,
perjuangan ini,
cekalkan hati dan semangatku,
kurniakan ketabahan,
agar mimpi jadi nyata,
padaMu ku meminta.
Daku mohon agung kudratMu,
wahai Tuhan yang satu,
segalanya dariMu.
Langkah Tercipta~Unic
pesan Imam Ghazali:
“Carilah hatimu di tiga tempat… Temui hatimu sewaktu bangun membaca Al Quran. Tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak kau temui juga, kau carilah hatimu ketika duduk tafakkur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati”
Hati yang kian hilang dalam diri ini perlu di cari. Perlu ditagih kembali. Tidak boleh dibiarkan hilang dalam diri. Kerana hatilah yang menguasai jiwa ini. Hanya hati yang tulus yang akan membawa hamba2nya ke arah Nya untuk mendapatkan syurgaNya. Doakan ana dalam pencarian hati yang kian hilang dalam diri ini..
Perkongsian seorang akak yang bergelar cahaya petunjuk dalam nota yang ditulisnya yang bertajuk ~mencari ketenangan hati:
Langit itu suram dan kelam… cahaya bulan sabit yang ada juga kelihatan samar pada pandanganku… tiada sebutir bintang pun dilangit itu… mengingatkan aku betapa telah lama aku menjauh dari langit itu… bintang yang slalu menyeri malamku telah lama tak kelihatan…
dan.. malam ini.. aku tercari2 ketenangan hatiku… kegusaran memenuhi kekalutan hatiku… kedamaian jauh sekali… biar pada zahirnya wajahku memaparkan rona tenang dan damai… hakikatnya aku mencari ketenangan…
aku fikir ketenangan itu ada pada langit itu… lantas aku mencari bintang2 yg dulu menerangi aku kala duka… tapi hampa… langit itu malam ini suram sekali tanpa kerlipan bintang… aku kembali menjatuhkan pandanganku pada tanah tempatku berpijak… dimana ketenangan itu…
dan terus aku teringat bait2 kata yang berbunyi…”carilah hatimu pada 3 tempat: sewaktu kamu mendirikan solat, sewaktu kamu membaca alquran dan sewaktu kamu mengingati mati… andai tak kamu temui hati kamu, maka pintalah hati yg baru kerana hati yg lama itu telah mati…”
lalu… aku tersedar… sesungguhnya saat ini, solat isya belum lagi aku tunaikan… mungkin disitu akan kutemui ketenangan hati… aku berwudhu’… seperti selalu… cumanya malam ini wudhu itu dipenuhi satu perasaan yang tak dapat ku ungkapkan… mungkin kerana aku benar2 mencari ketenangan…
selesai solat, aku menggapai alquran… dan duduk membuka helaian yg tertera surah yasin… mengapa surah yasin? Entah… aku tergerak untuk membaca surah itu malam ini…
…bismillaahirrahmaanirrahi m…
dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.. hatiku seakan bergetar… mungkin benar… hati ini telah lama jauh dari tempat pengaduan yang sepatutnya… dalam kelekaan duniawi, aku alpa sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui… dariNya aku seharusnya memohon diberikan ketenangan hati…kerna Dialah segala-galanya dalam hidupku… DIalah pelindungku… Dialah tempat aku mengadu… Dialah yang paling memahamiku .. dan Dialah matlamat hidupku… ya… mencari RedhaNya…
…yaasiiiiin…
…dan alunan kalimahNya aku teruskan hingga ke akhir ayat… Alhamdulillah~
RSS - Posts
Boleh buat blog la akak cahaya petunjuk ni..hehe..
menarik2..(^_^)
kan2?
sape la akak cahaya petunjuk tu.huhu
aSsaLamuaLaikum…
ehem3…padanla tersedak2
haha..
*sape la akak nak banding ngan adik2 yg soleh n solehah ni~
patut la ase cam terang semacam je..ade cahaya visit blog ni..huhu..ops,waalaikumussalam wbt..adik beradik datang visit blog,ish2..(O_o)