Sabtu, 21 November 2009
Diri ini melangkahkan kaki ke arah flat 12G tepat jam 7.3o pagi setelah bermalam semalam di flat sebelah. Disaat pintu flatku dibuka, bau yang amat tidak menyenangkan menusuk hidung. Keadaan flat yang agak berselerak dengan kerusi tidak teratur dan sweater fila yang sering ku tempatkan di belakag kerusi di meja study kku juga telah beralih tempat. Ada 2 orang lelaki yang masih lagi berjaga sedang duduk di meja makan sambil berbual2 manakala seorang perempuan pula sedang tidur di atas sofa. Keletihan barangkali. Ku alihan pandanganku ke arah tempat ku sering bermunajat kepadaNya. Tiada meja kecil seperti yang telah dijanjikan. Aku menggeleng kepala.
Ku teruskan langkahku ke dalam bilik tidur yang ku kongsikan bersama flatmateku. Walaupun kami berkongsi bilik tidur, tetapi katil masing2. Betapa terperanjatnya aku apabila melihat seorang lelaki sedang tidur di atas katil kecilku. Pakaianku yang terdapat di atas katil itu juga telah dijatuhkannya ke bawah katil. Sekali lagi aku menggeleng kepala. Dalam bilik itu juga, terdapat dua orang perempuan, juga sama course denganku di sini sedang tidur di atas katil flatmateku. Tiada kelibat flatmateku.
Flashback Khamis,19 November 2009:
My flatmate: Farid, can I invite my friends to our flat this coming weekend? Actually we have agreed to rotate the location. So dis weekend will be my turn to be the host. Can I?
Adoi, nak bagi ke x ni? Rasa xsedap ati dalam diri. Teringat pesanan seorang sahabat:
” Jangan fikirkan tentang diri kita je, fikirkan gak tentang orang lain. Cuba capai keputusan yang memuaskan dua2 pihak. Mungkin tu tradisi ye minum2 dan main poker, kita xbley nak halang..”
Me: It’s ok. You can ask them to come here. This is your flat too right.
My flatmate: But we will spend the whole night here and it will be too loud.
Me: Hmm, I will stay at Zulhilmi flat that night. Is it ok with you. But i have 2 things to tell you. First, please don’t touch my bed and can you ask you friends not too use this area (tempat solat)?
My flatmate: Ok.
Itulah keputusan yang telah dicapai. Walaupun nampak berat sebelah, tetapi diri ini terpaksa akur buat kali ini. Masa tu teringat kisah sirah Rasulullah SAW yang datang tiba2 memasuki benak fikiran diri ini. Mungkin untuk menyedapkan hati diri ini barangkali.
…………………………………………………………………………..
Selepas ini mungkin tiada lagi perkara ini kerana janjinya terhadapku tidak dipenuhi. katilku diusiknya dan tiada meja yang dijanjian untuk meghalang rakannya menghampiri ruang kecil di belakang meja studyku untuk solat.
Selepas ini, tiada lagi toleransi baginya. Cukuplah ini sebagai pengajaran buatku.
Hanya memohon kekuatan dariNya.
Untuk terus melangkahkan kaki di dunia ini.
Ku menganggap hal ini sebagai ujian dariMu Ya Allah.
Tabahkanlah diri ini.
Mungkin ini penghapus dosa2ku waktu dulu.
Jalan dakwah ini tidak ditaburi dengan bunga-bunga tetapi ia ditaburi dengan duri-duri yang menyakitkan yang akan menghalang perjalanan para da’i . Inilah jalan yang telah dititi oleh Rasulullah s.a.w dan para sahabat dan generasi duat yang terdahulu.
Firman Allah s.w.t :
“ Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). (Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga ” Adn “. Itulah kemenangan yang besar.”
(Surah As-Saff :10,11,12)
As-syahid Imam Hasan Al-banna berkata :
“Ketidahfahaman rakyat pada hakikat Islam akan menjadi ujian bagi kalian. Ulama rasmi pemerintah akan menjadi musuh kepada kalian. Setiap pemerintah berusaha membatasi amal kalian dan memasang halangan di jalan yang kalian tempuh. Mereka akan meminta bantuan dari mereka-mereka yang berjiwa lemah dan berhati sakit. Sebaliknya akan berlaku kasar kepada kalian. Kerana itu kalian akan dipanjara,disiksa,diusir,rumah-rumah kalian digeledah,harta kalian dirampas, dan tuduhan keji dilontarkan pada kalian dengan harapan dpt mengurangkan wibawa kalian. Kemungkinan ujian ini akan berlangsung dgn lama. Sedarilah, saat itu kalian baru mula menapakkan kaki dijalan yang telah ditempuh oleh para mujahid…”
p/s: Di saat diri ini lemah, bermacam ujian melanda. Ujian dalaman, luaran dan sebagainya. ya Allah, hanya kepadaMu ku pohon kekuatan.
Rabbi yassir wa la tuassir
Bersyukurlah anda sebagai seorang Muslim.
Islam telah menggariskan segala2 yang cukup lengkap buat anda.






